Terma & Syarat

HAI Berkat Car Rental dan penyewa dengan ini bersetuju dengan perkara-perkara berikut:

  1. Penyewa hendaklah bertanggungjawab ke atas kemalangan yang berlaku semasa penyewaan kereta termasuk pembayaran ganti rugi yang melibatkan kereta yang disewa dan kereta pihak ketiga yang terlibat, jika ada. Penyewa juga bertanggungjawab untuk sebarang bayaran kecederaan diri dan pihak ketiga akibat kemalangan.
  2. Penyewa bertanggungjawab dan menanggung kos semua kesalahan termasuk saman, kompaun, denda dan kes mahkamah yang disebabkan oleh penyewa. Tambahan RM50 akan dikenakan kepada penyewa bagi setiap saman yang dibayar oleh HAI Berkat CarRental.
  3. HAI Berkat Car Rental berhak menuntut semua kos yang terlibat termasuk saman, kompaun, denda dan lain-lain caj yang wajar akibat kesalahan dan kerugian yang dilakukan penyewa.
  4. HAI Berkat Car Rental berhak untuk mendaftarkan maklumat penyewa kepada mana-mana persatuan, syarikat, ataumana-manaorganisasi jika penyewa tidak membuat pembayaran penuh bagi semua tuntutan oleh
  5. HAI Berkat Car Rental.
    Penyewa hendaklah menanggung semua kos pembaikan kenderaan yang mengalami kerosakan semasa disewa. Jika kenderaan rosak akibat bencana alam, penyewa hendaklah menanggung semua kos pembaikan.
  6. Penyewa bertanggungjawab memulangkan kenderaan untuk diservis dan diselenggara setiap 5000Km, sebarang kerosakanpadakenderaan akibat lewat penyelenggaraan akan menjadi tanggungjawab penyewa.
  7. Penyewa dilarang menggunakan kereta sewa bagi tujuan jenayah dan sebarang perbuatan yang melanggar undang-undangyangdikuatkuasakan di Malaysia.
  8. HAI Berkat Car Rental berhak untuk mengambil semula kenderaan tanpa notis sekiranya didapati penyewa menggunakan kenderaan untuk tujuan jenayah, perkara tidak bermoral dan tidak membayar bayaran sambungan sewa dalam tempoh 24 jam.
  9. Sekiranya berlaku kemalangan yang mengakibatkan kenderaan sewaan mengalami total lost, penyewa perlu membayar penalti sejumlahantara RM5000 sehingga RM10000 berdasarkan jenis kenderaan yang disewa. Jika kemalangan melibatkan tuntutan insurans, penyewa perlu membayar pampasan untuk kereta dalam proses pembaikan. Jika kemalangan kecil yang tidak melibatkan tuntutan insuranspenyewamesti membayar tunai berdasarkan kerosakan.
  10. Jumlah perbatuan maksimum bagi satu hari sewaan adalah sejauh 350KM. HAI Berkat Car Rental tidak akan memulangkan deposit sewaan jika didapati jumlah perbatuan melebihi had yang ditetapkan.
  11. Hai Berkat Car Rental tidak akan memulangkan semula bayaran sewaan jika penyewa menghantar kenderaan lebih awal dari tempoh masa sewaan yang telah dibayar.
  12. Untuk tambahan masa atau hari sewaan, kadar bayaran adalah mengikut jumlah yang ditetapkan oleh pihak HAI Berkat Car Rental.
  13. Penyewa tidak dibenarkan merokok dan membawa bahan-bahan yang boleh menyebabkan kenderaan yang dipulangkan berbau busuk atau kotor atau mana-mana keadaan yang dirasakan tidak wajar. HAI Berkat Car Rental tidak akan memulangkan deposit sewaan jika mendapati perkara tersebut berlaku pada kenderaan yang telah di sewa.
  14. Bayaran penalti akan dikenakan jika penyewa didapati mengubahsuai, menukar atau mengambil apa-apa bahagian dari kenderaan disewa tanpa pengetahuan dari pihak HAI Berkat Car Rental.
Navigation
Close

My Cart

Recently Viewed

Close

Great to see you here!

A password will be sent to your email address.

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Already got an account?

Close

Close

Categories